top of page

Tentang MyAgrosis UTeM

 

   Kelab MyAgrosis UTeM telah ditubuhkan pada 20  Disember 2012 dan diwakili oleh 54 orang ahli kelab yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, FPTT UTeM.

 

  Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian disamping meningkatkan taraf ekonomi pertanian dan menyediakan kemudahan kredit bagi graduan setelah menamatkan pengajian.

 

    Hasil idea penubuhan MYAGROSIS turut membawa jalinan kerjasama diantara Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membolehkan proses pemindahan teknologi pertanian adalah mengikut kepakaran jabatan/agensi (mentor) di dalam MOA kepada para mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA ke arah menjadi usahawantani moden. Justeru, UTeM telah terpilih menjadi mentee kepada Jabatan Perikanan Malaysia atau DOF sebagai mentor utama dalam menjayakan Program MyAgrosis ini.

 

    Selain itu, tujuan utama penubuhan Kelab MyAgrosis di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia bagi melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang berasaskan bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

bottom of page